Homeschooling Kehidupan

KBAT: kemahiran yang penting di Germany

KBAT: kemahiran yang penting di Germany.
—————————
Kemahiran berfikir aras tinggi, hmm, dengar macam complicated dan bila dilihat konsep, ohh, inilah yg saya struggle semasa di universiti jerman.

Fokus KBAT adalah untuk mengaplikasi, menganalisis, menilai, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan mencipta. Makna mudah, bukan belajar teori semata-mata dan bukan semua kena tunggu disuap.

Satu hari nanti saya ceritakan bagaimana universiti di Germany mengaplikasikan konsep KBAT dalam pengurusan dan pembelajaran .
.

Saya ingat masa SPM dulu, soalan yg paling mencabar adalah subjek Teknologi Kejuruteraan. Inilah subjek yang peratusan A tak “WOW” langsung. Kebanyakan soalan berkisarkan applikasi dari kehidupan yg tiada jawapan direct dari buku atau soalan lepas. Dan saya rasa, inilah salah satu KBAT. Pelajar perlu menganalisis dan menyelesaikan masalah baru berdasarkan konsep yg pernah dipelajari.
.

Tapi KBAT ni tak perlu tunggu masuk darjah 1 baru nak kenalkan. Dari kecil lagi penting tetapi perlu mengikut perkembangan si kecil. Macam mana ya? Saya pernah cerita secara ringkas Kindergarten di Germany, kan. Ha, itulah caranya untuk mengasah KBAT anak kecil. Kita perlu bagi mereka bermain dan explore persekitaran disamping meraikan pendapat dan keputusan mereka. Bantu mereka bina sesuatu dan bantu juga mereka menyelesaikan masalah.

Ok, lain kali pula nak cerita pasal KBAT anak-anak kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress