Membawa Produk Handmade Kraf ke Pasaran Antarabangsa

Apa perasaan kita kalau hasil kraf handmade dapat dijual ke pasaran international?

Of course lah happy sangat kan. Masa tu kita akan sedar yang orang luar pon pandang hasil kraf kita dan produk kita boleh duduk sederet dengan produk handmade international.

BARANG APA?
———————-
Kalau orang tanya saya handmade craft macam mana yang boleh pergi ke pasaran antarabangsa, jawapan saya “semua jenis handmade craft ada potensi”. Keychain, bookmark, purse, bag, brooch, busy book, playmat, barang baby, rantai, gelang dan banyak lagi, semua boleh cuba.

Nak jual handmade ni takde formula tetap yang gerenti sesuai dengan semua.

Kita tengok crafter A ni jual bantal wedding, kita pon buat benda yang sama dan jual di pasaran yang sama. Tapi tak semestinya kita dapat jual macam dia tau sebab jualan produk handmade melibatkan banyak faktor. Cara kita cerita tentang barang kita, cara kita respon customer, even cara kita bungkus barang pon berbeza.

MUDAH KE?
—————–
Ok, jawapannya mudah dan tak mudah. Yang penting perlu ada attitudes macam ni.

1) Mahu dan berusaha bersungguh-sungguh belajar sesuatu yang baru.
2) Sanggup invest masa dan duit untuk mencuba sesuatu yang baru.
3) Sentiasa try & error dalam mencari kaedah yang sesuai dengan kita.
4) Kalau produk A tak jadi, kita cuba produk B pula.

Ok setakat ni saja dulu nukilan sebagai peringatan untuk diri sendiri. Harap bermanfaat juga utk sesiapa yg membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!