Uncategorized

Seronok bermain dengan kinetic sand

STEAM Activity #8
Berimaginasi dengan kinetik sand.

Kinetik sand antara bahan bermain yang sangat berbaloi untuk beli, saya beli 2 tahun lepas. Disertakan juga dengan tray tapi percayalah, pasir tu akan bergelimpangan luar tray. Jadi, saya beli shower curtain, hampar sebesar yang boleh. Dalam gambar ni pasir masih pada 1 kawasan, akhir nanti pasir tu selalunya memenuhi semua kawasan langsir, tanda semangatnya anak-anak bermain. Sewaktu bermain, jangan expect mereka bermain dengan aman damai sepanjang masa tau. Selalunya ada lah sikit gangguan manja.
.

KENAPA BERBALOI?

Biasanya anak-anak bermain dalam 1 jam setengah, mereka mengemas pula 15 minit. Jadi waktu ni kita boleh buat kerja, kerja rumah atau memasak dengan tenang. Dah siap main, kita sambung vacuum atau sapu selama 10 minit, sementara mereka mandi.

Pernah dia nak main pasir masa saya demam. Fikir juga nanti tak larat nak kemas tapi dia janji nak kemas semua, jadi saya benarkan. Lepas dah puas main, dia kemas pasir dan mainan, ambil vacuum dan vacuum lantai. Tak sangka tau. Maknanya selama ni dia perhati macam mana kita buat kerja. Tapi of course tak boleh expect dia mengemas macam kita. Kita mesti gagah diri sambung kemas. ­čśü
.

MACAM MANA NAK MAIN?

Biasanya dalam pack besar ada disertakan mould haiwan laut tapi kalau asyik main tu je, bosan lah juga, jadi dulu saya berikan aiskrim stick, buat bukit pasir dan bagi anak-anak cucuk. Macam tu pon boleh main lama tau. Bila dia tau yang pasir tu boleh main cara lain, mulalah nak main dengan lego, pokok hiasan kek, daun, patung kecil dan semalam letak bola dengan buku. Kita boleh minta dia pilih barang yang ada di sekeliling je.

Semalam, buku tu jadi macam-macam. Mulanya jadi tapak cupcake dan pasir pula jadi cupcake. Lepas tu mereka susun buku atas pasir, jadikan bangunan.

Nampak tak bagaimana bermain pasir boleh membantu proses imaginasi dan perkembangan kreativiti? Dan sudah pasti bagus untuk aktiviti sensori. Kepal-kepal jadi bola pon dah bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress