Kehidupan

VAT 19% (GST)

VAT 19% (GST)
Memori Jerman #12
..

VAT ni Value Added Tax dan GST pula Good & Service Tax. VAT ke, GST ke, kita tetap kena bayar tax bila beli barang.

Masa mula sampai germany, VAT baru 16%. Lepas 1 tahun lebih duduk sana, VAT naik jadi 19%, rasanya sampai sekarang. Waktu awal naik kan, bila jalan kat city, rata-rata kedai gantung “Rabatt 30%, 50%, 70%”. Sales lah tu, teknik tarik pelanggan yang tengah marah dengan kenaikan VAT. Tapi waktu tu sajalah dapat murah sikit pon, lepas tu harga terus naik dan naik. Logik ke VAT/GST naik, harga barang turun?

Paling saya ingat harga beras sebab barang utama masa shopping. Kite memang nak nasi, roti susah nak telan. Mulanya mampu juga kadang-kadang beli basmati sebab harga bawah 1€ utk 1kg, lama-lama dah hampir €2, memang tak sanggup. Nasib baik beras biasa naiknya tak melampau, harga akhir tak lebih €0.89. Beras kat sana packaging macam instant ketupat nasi kita tau, mungkin sebab tak ramai ada periuk nasi. Periuk nasi pon saya beli kat kedai barangan asia, dengan lesung sekali angkut.

Sepanjang kat sana, dah jadi tabiat saya tengok resit. Bila tengok VAT 19% selalu cakap “hmm banyak nya bayar tax”. Bayangkan kalau kita beli barang harga €100, automatik kita bayar tax €19.
.

Yuran universiti germany memang percuma (kecuali beberapa tahun), pengangkutan awam memang tip top, dan banyak lagi yang hebat tapi kena tahu, semua tu bukan datang percuma. VAT saja dah 19%, belum masuk tax lain lagi.

Bila kita nak jadi negara maju, kita pasti mengikut model negara yang sudah maju, jadi kita pon kena bersedialah.

Untuk info: Kebanyakan VAT negara eropah adalah 20% dan ke atas. VAT Germany 19% adalah antara yg rendah di eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress