Kehidupan

Yuran Radio & TV

Yuran radio dan television
Memori Jerman #11
.
Dalam apartment akhir saya tiada television. Saya kurang gemar tengok tv memandangkan semua rancangan dialihbahasa jerman. Hindustan pon dalam bahasa jerman tau, pelik dengar Shah Rukh Khan cakap jerman. Kalau dokumentari ok lah juga tengok.
.

Satu hari tu, penguatkuasa ketuk pintu, nak check ada tv /radio tak. Saya dengan begitu confident bagi dia check sebab memang takde tv & radio . Rumah saya tu studio, ada 1 bilik air, 1 bilik, 1 dapur, semua bersambung jadi dia pon tengok sepintas lalu je.

Sekali, dia tanya “Haben Sie Internet?”. Maksudnya “kamu ada internet?”. Sebab dia nampak desktop dan padahal router internet pon dia nampak. Dalam hati “alamak, ada yg aku tak tau ke ni”. Dia cakap, “kalau ada internet, maknanya kamu boleh dengar radio online”. Masa ni dah senyum kelat, tak boleh lari dah. Maka terpaksalah isi borang.
.

Pada waktu tu, ada internet akan di caj yuran radio hampir €6/month. Setahun juga lah membayar yuran tu. Mujur tahun akhir dah. Yuran tv belas euro kot sebulan.

Kalau sini kena yuran tv/radio, mau kena maki. Tapi sana channel free tu banyak. Kalau tambah macam astro tu lagi berduyun channel, pening terus nak tengok apa

Mengikut cerita junior, beberapa tahun selepas saya pulang, semua rumah diwajibkan membayar yuran 17euro/month sebabnya secara logik, semua rumah ada smart phone atau internet. Jadi yuran tersebut meliputi tv, radio, internet, laptop dan dekstop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress