Homeschooling

Doll dan Layang-layang

Doll dan Layang-layang
STEAM Activity #9 – Ke arah KBAT

———————–


Mulanya maryam main felt doll dengan gelongsor jadian dia (kotak). Tiba-tiba terjumpa pula crochet yg saya kait masa nak belajar asas. Dia pegang tali crochet, letak pada tangan doll dan pusing-pusing macam main layang-layang. Tapi layang-layang jatuh.

” Mama, jatuh lah. Nak buat macam mana ni? ”

Saya ambil dan ikat tali crochet pada tangan doll. (Simple problem solving = Engineering). Terkesima dia tengok tau, terus dia ambil dan pusing-pusing lagi dengan doll tu. Tiba-tiba baju tercabut.

” Mama, nape baju ni cabut?”

Saya tgk dan kata “Baju ni takde pelekat kat belakang. Maryam tukar baju lain yg ada pelekat.”

Dia pon pergi ke port permainan dia, mencari sesuatu. Rupanya dia ambik klip kertas dan suruh sepit pada baju pada doll. (Problem Solving = Engineering). Lepas tu dia main sampai puas hati.
.

Saya selalu membiarkan maryam & amina bermain mengikut imaginasi mereka, tetapi idea itu pasti datang dari persekitaran dan apa yg mereka pernah nampak.

Imagine+Play Problem Solve = Salah satu KBAT utk anak kecil.
..

Crochet dia jadikan layang-layang sebab dia selalu nampak layang-layang kat taman.

Guna klip kertas tu, saya tak jangka. Tapi dia pernah tengok saya buat begitu dan dia apply.

KBAT memerlukan proses yang berterusan melalui pemerhatian sekeliling, bermain dan berimaginasi, explore dan mencipta.

Jadi, bermain ni penting bagi anak kecil untuk perkembangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress