Kehidupan

KBAT dalam makmal. Eksperimen waktu yg mendebarkan.

KBAT dalam makmal. Eksperimen waktu yg mendebarkan.
Memori Jerman #15.
————–
Kalau minggu tu ada lab, kami jadi stress seolah-olah nak exam. Ni lab untuk subjek tertentu, bukan semua. Dulu memang susah nak terangkan pada kawan negara lain, kenapa pada waktu tertentu, kami tak mahu ada gangguan lain, padahal nak masuk lab saja, belum musim exam.

BEBERAPA KISAH DALAM MAKMAL

Semester 1 ada subjek asas fizik. Whiteboard disediakan dalam lab untuk pelajar terangkan teori dan apa yang nak dibuat pada hari tersebut. Kecut perut ok, waktu tu saya partner dgn kawan Malaysian juga. Pernah lah nampak kumpulan lain kena halau sebab tak cukup prepare. Dah berjaya terangkan teori, kena buat eksperimen sendiri. Kami survive semua lab tu. Di Germany, semua pembelajaran, lab, praktikal, report, exam dan thesis adalah dalam bahasa Jerman.

Semester 2 ada lab elektrik dan kumpulan kami 3 orang, semua Malaysian (pelajar tentukan sendiri kumpulan). Hari pertama lab, kami rasa dah cukup prepare. Duduk kat meja, kami buntu tak pasti nak buat apa. Kat meja lain, pelajar German tengah buat eksperimen santai macam benda tu senang sangat tapi kami 3 orang ni tak tau nak buat apa. Lab assistant datang kat kami, dia takde tunjuk ajar tapi dia suruh sorang kawan German masuk kumpulan kami, ajar kami, mujur tak kena halau. Hairan kenapa German boleh buat eksperimen macam kacang je. Mulai waktu tu, kami 3 Malaysian ni takkan letak nama dalam kumpulan yg sama. Bahaya.

Itu baru semester 1 & 2. Semester seterusnya lab lebih mencabar. Kaedah lab biasanya macam ni. Kami bersoal jawab dulu dengan lab assistant atau terangkan secara umum mengenai eksperimen, lepas tu pandai-pandai cari alat, buat sendiri eksperimen sampai habis. Lab assistant akan jenguk tengok tapi tak perlu tunjuk ajar sangat sebab pelajar sana macam tau serba serbi semasa buat lab/praktikal.

Semester 4 ada pelajar dari China masuk kelas kami, tukar dari universiti lain, maka adalah sorang kawan perempuan dalam kelas tu. Satu hari dia pernah kata, kenapalah lab kat sini stressful dan serious sangat tak macam kat China. Saya pon tak pasti lab kat universiti Malaysia macam mana, cuma kalau masa asasi dan ausmat, lab tu waktu yang menyeronokkan. Semua lab di Germany takde markah tapi requirements untuk ambil peperiksaan.

Bukan semua pelajar Malaysia struggle macam saya sebab ada je yang genius dan best student sekolah dulu. Saya ni kelompok pelajar biasa-biasa saja dari sekolah.

PEMERHATIAN SENDIRI

Dalam permerhatian di Germany, saya nampak pelajar sana pandai explore, berani mencuba dan yakin setiap kali buat eksperimen. Bila diberi tugasan, mereka tahu apa yg perlu dibuat saya percaya inilah hasil dari KBAT yang pastinya bermula dari peringkat awal.

Yang hairan nya, di peringkat pendidikan awal, mereka tidak dipaksa pandai membaca dan mengira masa umur 7 tahun dan tidak dibebani dengan peperiksaan dari kecil. Macam mana Germany menjadi sebuah negara maju tanpa pendidikan seperti itu?

Melalui semua tu, saya selalu terfikir, apalah gunanya keputusan peperiksaan (teori) yang hebat jika praktikal agak menyedihkan. Semasa praktikal ni lah semua konsep perlu digunapakai. Teori dan praktikal perlu selari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress