Rapunzel Escape

Rapunzel Escape
STEAM Activity #10
———————


Misi kali ni nak tolong Rapunzel turun dari rumah dia yang tinggi, tapi finger puppets Rapunzel takde, jadi kita pinjam Elsa & Anna. Boleh juga lukis dan gunting sendiri guna kertas.

Mula-mula kami lukis dan warna paper towel tube. (Art). Tube kena sambung sebab tak cukup tinggi. Berdirilah Elsa dalam rumah tu dan kawan dia Anna menunggu kat bawah.
.

Saya tanya maryam, macam mana Elsa nak turun, dia bagi Elsa lompat terus ke bawah. “Alamak, nanti patah kaki Elsa, macam mana? .” Jadi dia melilau cari sesuatu, jumpa pensil, terus sandarkan pada rumah tu, maka dapatlah Elsa turun.

Lepas tu kami letak bekas kat bawah, doublekan pensil bagi lagi kukuh dan tinggi. Ganti pula kotak pensil warna. Nak cuba pula dengan tali tapi dia jumpa riben, takpe kita guna riben. Cari pula lego, buatkan tangga. Semua ni engineering sebab kita design dan bina sesuatu utk selesaikan masalah Elsa. Dalam masa yg sama, kita test kukuh tak setiap struktur. Tangga tu, mulanya berterabur, jadi kena tambah bahagian tapak.

Saya tinggalkan sekejap mereka, bila patah balik nampak makin cantik tangga rumah tu. Dia dah tambah 2 buah kereta untuk Elsa & Anna pergi sekolah. Siap dengan makanan, pinggan dan sudu sebab Elsa & Anna lapar katanya.

Saya suka sangat aktiviti macam ni sebab boleh terapkan STEAM (Science, Technology, Engineering, Art & Math) secara tak langsung dan anak-anak excited sangat sepanjang bermain. Kita cuba tanam minat mereka pada STEAM dari kecil melalui praktikal (bermain) dan teori nya boleh belajar kemudian bila dah sekolah. Harapnya bila dah pernah buat praktikal, lebih mudah nak faham teori nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!