Snowman and Igloo

Snowman and Igloo
STEAM Activity #12 – Ke arah KBAT

Seronok bila tengok balik gambar ni sebabnya Maryam & Amina sangat teruja bermain dengan “snow”. Semalaman baling salji tau.

Dalam masa yang sama, ayah hadiahkan mereka snowman dan igloo, jadi memang lengkap pakejnya. Ayah mereka potong sera gam snowman dan igloo depan mereka, jadi dalam masa yang sama dapatkan serapkan minat mereka dalam engineering. Melihat proses pembuatan dan cara penyelesaian, sudah tentu sel-sel otak mereka akan berhubung dan ini antara kaedah untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Selain itu, sudah tentu permainan imaginasi ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Ya, untuk mencapai KBAT, kanak-kanak perlu banyak explore dengan cara bermain (praktikal).

Tengah malam akhirnya satu rumah sudah dilimpahi snow. Anak-anak memang suka lah, feeling macam dalam cerita Frozen. Takpe, esoknya kita buat operasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!