Tak perlu scan tiket untuk masuk tram, underground & train

Tak perlu scan tiket untuk masuk tram, underground & train.
Memori Jerman #14.
————————-
Germany ni unik dan masyarakatnya memang berdisplin. Kita kalau nak naik lrt atau komuter perlu scan dulu pass dan tiket kan, kalau tak, tak boleh lalu masuk.

Tapi kat Germany takde semua sekatan​ jalan laluan tu. Sesiapa saja boleh tunggu tram/underground/ train dan bila sampai, terus boleh masuk tanpa tunjuk atau scan tiket. Menarik tak? Hehehe.

Biasanya orang akan beli tiket single, return, minggu, bulanan, semester, atau tahunan di kaunter, mesin atau online. Tiket semester ni untuk pelajar universiti. Kadang-kadang ada juga mesin tiket dalam tram & underground tertentu. Jadi kalau tak sempat beli, bolehlah beli dalam tram tapi doa-doa lah mesin tak rosak.

Walaupon kita boleh je masuk train tanpa tiket, tapi jarang tau yang buat macam tu. Kita boleh tau siapa masuk tanpa tiket apabila penguatkuasa check setiap penumpang sebab sesiapa takde tiket kena saman on the spot. Dah dalam train, memang tak boleh lari mana dah. Penguatkuasa ni pula kadang-kadang saja check kecuali train ICE (train paling laju dan tiket paling mahal).

Sistem macam ni bukan boleh implement sesuka hati, kena sesuai dengan perangai masyarakat setempat juga.

Sesiapa yg pernah ke Germany mesti suka sangat sistem pengangkutan awam di sana sebab connection mudah dan efficient, jadi senang sangat nak pergi mana-mana. Naik ICE (high speed train) paling best.

* Tram (Strassenbahn) = laluan atas jalan.
* Underground (U-Bahn) = laluan bawah tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!