Hasil pertama jahitan tangan Maryam

Hasil pertama jahitan tangan Maryam.
[ Melalui peringkat tertentu sebelum berjaya]


Satu hari Maryam minta nak jahit beg guna mesin. Disebabkan saya pon tengah guna mesin, jadi saya cakap, “Maryam jahit tangan lah pulak. Nanti kalau maryam pandai, macam-macam benda comel maryam pon boleh jahit.” Mujur dia nak juga.

Jadi jahitlah dia dengan berhati-hati. Memang akan ada silap, tapi kita tunjuk cara nak perbetul sebab menjahit ni biasalah tersilap cucuk atau tersimpul benang. Habis saja benang, dia rehat terus sebab penat fokus. Kalau kita, biasanya boleh siap dalam beberapa minit, tapi budak akan cepat letih sebab kena fokus sungguh.

Esoknya dia minta sambung jahit. Seronok betul bila dah siap, terus boleh main konon-konon pakai handbag pergi shopping.

Saya memang berangan ajar Maryam jahit manual sebab banyak projek kraf comel yang budak-budak boleh jahit. Tapi semuanya ditunjukkan secara berperingkat bermula dari umur dia 2 tahun lebih.

1) Pantau dia pegang jarum peniti . Budak suka betul main jarum, memang tak takut pada jarumlah. Cuma kita kena pantau betul-betul. Kadang-kadang dia tercucuk sikit, tapi dari situ dia tahu macam mana cara pegang jarum yang betul.

2) Praktis aktiviti “lacing” macam ikat tali kasut dalam busy book. Ada juga lacing saya buat lubang-lubang pada kotak.

3) Guna jarum betul yg besar & benang sulam tangan (lebih tebal), ajar cucuk pada pinggan kertas. Masa ni dia kena pegang jarum tegak dan kena pusing pinggan bila jarum ke belakang.

4) Beli kit jahit beg yang guna jarum plastik. Tempat jahit pon dah ada lubang siap-siap, jadi dia praktis saja masuk ikut lubang yang disediakan.

5) Mula bagi dia jahit projek simple menggunakan jarum betul dan benang sulam tangan.

Harap-harap dia minat menjahit macam-macam jenis projek kecil satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!