Homeschooling

Menggunting- Pengaruh kakak

Pengaruh kakak..
..


Sekarang setiap hari Amina nak menggunting. Kita buat kerja dengan laptop dan mesin jahit, dia menggunting kat belakang. Jadi semua perca kain, kertas gam dan felt dah jadi mainan dia. Kadang-kadang dia minta kertas dan gam.

Kali ni mama jumpa kertas ni, terus suruh dia gunting setiap gambar, tapi tak sangka dia boleh gunting elok setiap gambar tu.

Amina banyak belajar dari kakak dia. Serba serbi dia perhati cara kakak dia buat. Kakak pilih dan pakai baju sendiri, dia pon ikut sama. Kakak menggunting & gam, dia pon ikut sama. Bila kakak mewarna, dia menempek tepi kakak, mewarna sama. Bila main cikgu & kelas, kakak jadi cikgu dan ajar dia abc, 123 dan iqra.

Setiap hari dia tak sabar nak ambil kakak dari tadika sebab bila kakak balik dapatlah main macam-macam ikut imaginasi mereka. Mama tak perlu plan atau tentukan diorang kena main apa sebab semua spontan.

Buat rumah, pergi sekolah, jadi doktor, pergi shopping, memasak, main baby, jadi kucing, kiranya terbuka lah aktiviti mereka setiap tengahari sampai petang. Pukul 5 rehat sebab ada boboiboy. Ni kartun kegemaran budak-budak ni, selain ejen ali. Tapi sebelum tengok boboiboy, kena kemas dulu semua mainan sebab penuh dalam rumah. Yang ni wajib, kalau tak, tak boleh buka tv.

*amina 2y 10m, maryam 5y

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress