Homeschooling Kehidupan

DIY Dollhouse dari kotak

DIY DOLLHOUSE DARI KOTAK

Maryam berulang kali cakap nak rumah princess macam dalam YouTube. Kalau buka YouTube, Maryam suka betul tengok kawan-kawan main rumah princess dan main playdoh.

Jadi, sebelum bersalin projek dollhouse pon bermula. Kebanyakan bahan guna apa yang ada di rumah, kebetulan masa tu tengah order barang, jadi banyaklah dapat kotak. Kotak buat berlapis supaya tahan lasak. Kemudian balut guna kertas A4, pembalut hadiah dan kertas terpakai. Guna gam biasa dan gam tembak.

Sebelum saya bersalin hanya bilik tidur princess saja yang hampir siap sebab tak larat tengah sarat. Bahagian lain sambung selepas Ibrahim sebulan. Mama cuma buatkan yang asas. Sticker, butang dan lain-lain pandai-pandailah Maryam tambah sendiri.

SIAP 4 RUANG

Bilik tidur ada 2 katil yang boleh memuatkan 4 princess. Gigih buat tangga comel tu. Mama sempat jahit beberapa helai saja baju princess. Penyangkut baju pon DIY, hudoh pon takpe sebab anak-anak tetap gembira.

Tempat basuh dan sidai baju lebih mudah. Sabun, bakul dan lain-lain tu tambah kemudian.

Ruang tamu saya gunting gambar tingkap pada kotak doll dan tampal di dinding, terus jadi cantik. Alas meja guna kain knit perca, lagi mudah daripada balut dengan kertas. Hamparkan saja kain tu. Asalnya nak buat TV tapi maryam kata “Mama takyah lah buat TV sebab maryam dah lukis & tampal kat almari”. Senang kerja mama.

Dapur paling tak rajin nak siapkan sebab mood dah ke laut. Boleh pula gam tembak rosak masa ni, rehat dulu sementara nak order yang baru. Lengkaplah juga dah ada kabinet, tempat masak, tempat basuh pinggan, peti ais, meja dan kerusi. Meja dan kerusi tu ambil dari buku paper craft, tambah sikit lidi bagi stabil. Seronok Maryam & Amina tampal sticker dalam peti ais.
.
.
Bilik air dan lain-lain tunggu mood seterusnya. Apa-apa pon yang penting Maryam & Amina suka main dan dah pandai kemas. Harap bertahan bertahun-tahun lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress