Kehidupan

Mayo/Ketchup kena bayar

Mayo/Ketchup kena bayar.
Memori Jerman #21
————————

Kalau kita makan di keefci atau mekdi senang saja pergi picit banyak mana sos yang kita nak kan. Kalau bawa balik, siap boleh minta extra sos.

Teringat masa kat Jerman dulu, kadang-kadang beli la juga fish burger kat mekdi, sekali dengan Pommes (fries) tapi makan gitu je tak cicah sebab nak Mayo (Mayonnaise) atau Ketchup (Sos tomato) kena tambah €0.30 sepeket.

Bila dah hujung-hujung tahun kat sana, keefci dah guna ayam yang halal. Seronok tau sebab selama ni duk teringin saja bila lalu tepi keefci. Jadi kadang-kadang beli lah juga, makan gitu tak cicah sos juga sebab kedekut nak beli sos. €0.30 sepeket tu. Rela makan saja, lama-lama saya tak gemar sangat dah cicah sos sampai sekarang.

Dekat Bristol, UK ada satu kedai ayam goreng super sedap. Pencicah pon sedap sangat tapi mahal. £0.30 kot harganya. Kadang-kadang dia pon kesian kat kita, dapat juga merasa percuma.

Nasib baik beli kebab turki dah sekali dengan sos tzatziki & cili. Pommes kedai turki pon dah letak Mayo tapi kalau nak extra, kena bayar.

Berpada-pada picit sos tu tau, elakkan pembaziran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress