Busy Book & Busy Bag Malaysia Hasil Jahitan

Eksperimen Sensory Taggies


Saya bercadang jahit busy book untuk bayi bawah 1 tahun. Kebanyakannya idea melibatkan aktiviti sensori , tetapi saya agak ragu-ragu dengan beberapa material, samada sesuai, tahan lasak, selamat dan menarik.

Jadi daripada fikir panjang lebar, lebih baik saya cuba buat sesuatu yang mudah daripada beberapa material berbeza. Maka terhasillah sensory taggies untuk baby ibrahim. Seminggu dah dia main, suka betul dia pegang yang bulat-bulat tu.

Walaubagaimanapon, ada beberapa perkara yang perlu diambil berat. Kalau taggies begini, baby perlu bermain bawah pemantauan ibu atau bapa sebab saya masih risau tentang pom pom dan beads walaupon ianya sudah dijahit. Kain bulu oren pon tidak sesuai kerana boleh tercabut bulunya.

Apa-apa pon, semua material ni bagus untuk sensori bayi, cuma perlu pemantauan semasa bermain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress