Tip Bisnes Handmade

5 Langkah mudah buka kedai di Etsy


Etsy antara platform yang menarik untuk pasarkan hasil kerja handmade kita, tak kisah dalam bidang apa, asalkan handmade.

Saya kongsikan 5 langkah penting untuk membuka kedai di Etsy.
Follow saja langkah ni, ok.


1) Sediakan 1 produk handmade yang readymade sebab biasanya kalau preorder kita akan risau macam-macam kan.  

+ Ambil gambar  
+ Sediakan “description yang baik” 
+ Tetapkan harga dalam USD. Compare dengan harga crafter lain di Etsy supaya kita tak “buang harga” kat sana.  
+ Harga tu mesti mampu menampung anggaran total 10% Etsy Fee dan Paypal Fee.

2) Dapatkan anggaran kos shipping ke negara zone paling mahal. 

+ Kos Shipping mestilah termasuk registered 
+ Tetapkan harga shipping dalam Malaysia dan LAIN-LAIN. Tak perlu buat banyak jenis sebab nanti kita pening. 

3) Daftar akaun Paypal. 

+ Yang ni senang sangat tau. Susah? Haishh nak kena cubit ni. 
+ Kita boleh link Paypal ke Maybank atau CIMB. Ini penting untuk kita withdraw duit nanti.

4) Sediakan Credit Card atau Debit Card untuk buka kedai Etsy. 

+ Boleh guna debit card Maybank atau CIMB. 
+ Untuk debit card, aktifkan transaksi ke luar negara.

5) PM email kepada saya untuk dapatkan 40 Free listing di Etsy 

+ Ini bonus dari Etsy supaya kita tidak takut nak cuba menjual di Etsy. Maknanya sebanyak 40 barang kita boleh letak tanpa perlu membayar listing fee (0.20 USD atau RM0.80 Listing Fee untuk masukkan barang) 
+ Dapatlah jimat USD 8 atau RM32 

+ Free listing ni hanya boleh dapat melalui invitation etsy seller sedia ada, jadi jangan lupa PM. 
+ Lepas dah dapat email, klik link dan terus daftar. Produk dah prepare kan. Description, gambar, harga dan shipping semua dah prepare, jadi sekejap saja dah boleh buka kedai. 

Ramai sebenarnya yang dah berjaya membuka kedai di Etsy, yang penting terus buat, jangan tangguh-tangguh.

Nak letak barang lagi meletop?
Nak gambar lagi cantik?
Yang tu boleh fikir kemudian.
Yang paling penting, buka kedai dulu supaya sebelah kaki kita dah masuk dalam Etsy.

Selamat Mencuba

Related Posts