Tip Bisnes Handmade

Langkah Mudah Buka Akaun Paypal

Akaun paypal boleh digunapakai untuk membeli barang dari luar negara dan menjual barang ke luar negara.

Kita boleh menghantar duit dan menerima duit dari sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Paypal.

Tutorial kali ni adalah untuk membuka akaun paypal menggunakan handphone (chrome).

Langkah 1: Buka website http://paypal.com.my

  • Terus klik “Sign Up for Business”


Langkah 2: Klik “receive payment with paypal”

  • Apabila kita memilih yang ini, kita boleh menerima dan menghantar duit melalui Paypal.
  • Sekiranya kita pilih “Buy with Paypal”, kita hanya boleh menghantar duit melalui Paypal.

Langkah 3: Masukkan email dan klik “Next”



Langkah 4 hingga 7: Masukkan semua info yang diperlukan.







Langkah 9: Check email dan klik “Get Started”

Langkah 10: Pilih cara menerima bayaran.

  • “On your Website” : Sekiranya kita mahu menerima bayaran melalui website ecommerce kita, sila pilih yang ini . Step seterusnya adalah untuk configure Paypal dalam ecommerce kita.
  • “With online invoicing”: Sekiranya kita mahu menerima bayaran secara manual atau marketplace seperti Etsy dan Ebay, pilih yang ini.

Langkah 11 hingga 14: Cara link akaun Maybank atau CIMB ke Paypal.

  • Kita boleh pilih mana-mana akaun bank yang ada dalam list Paypal.
  • Masukkan no akaun kita.
  • Akaun bank ni penting untuk kita withdraw duit kelak

OK, dah siap. TAHNIAH semua 🙂

Bawah ni pula antara features yang ada dalam Paypal.

Boleh tengok baki akaun Paypal di sini
Menu dalam Paypal
Untuk dapatkan duit secara manual, boleh request funds atau send invoice.
Setup untuk masukkan Paypal dalam ecommerce.
Boleh topup duit guna RHB Bank sahaja. Kalau kita dah link ke Maybank/CIMB, kita boleh guna direct dari bank tanpa perlu topup terlebih dahulu.
Kita boleh check akaun bank yang kita dah link tadi. Nak tambah bank lain pon boleh.