Posted on 7 Comments

Switzerland Part 2 (Interlaken & Mürren)

Sambungan dari Part 1

Keesokannya kami teruskan perjalanan ke Interlaken yang mengambil masa 1 jam setengah dari Lucerne dengan menaiki keretapi. Perjalanan satu jam berlalu dengan pantas dek kerana terpaku dengan keindahan pergunungan Alps. Interlaken yang bermaksud “between lakes” terletak di antara Lake Briez dan Lake Thun. Interlaken merupakan sebuah bandar kecil yang sangat menenangkan di kawasan pergunungan di tengah2 Switzerland. Tarikan utama di sana ialah Jungfraujoch yang merupakan puncak tertinggi di Europe tapi kami tak pergi kerana tak mampu menanggung kos yang tinggi.

mürren
mürren

Interlaken hanya bandar untuk kami menginap kerana destinasi utama kami ialah Mürren, sebuah pekan kecil atas bukit yang dipenuhi salji dan merupakan tempat sukan ski dan sebagainya. Alhamdulillah tambang untuk cabel car termasuk dalam Swisspass. Sampai di atas suasana sangat tenang, pengunjung juga tidak begitu ramai memandangkan season untuk winter sport belum bermula. Namun menghayati pemandanganya, Subhanallah begitu indah dan damai. Mula2 ingat nak main tobaggon tapi memandangkan ski lift belum beroperasi, kami jalan2 sahaja dan akhirnya kami jumpa port yang ok untuk buat snowman. Ni kira pertama kali lah kami buat snowman. Snowman punya pasal sanggup kami menahan kesejukan yang amat sampai beku tangan, muka dan kaki. Namun kami sangat enjoy berada disana.

Sebenarnya tips untuk berjalan tempat sejuk ni kena bawak bekal air panas dalam flusk dan handwarmer. Bolehla jugak membantu. Untuk malam itu kami beli pasta sause ngan pasta kat supermarket, pastu masak kat guest house. Mula2 ingat nak makan kat restoren halal tapi dah mahal sangat, tak mampu.

7 thoughts on “Switzerland Part 2 (Interlaken & Mürren)

  1. hihi, nak buat snowman besar tu pon 1 jam k.asma. beku tangan teh ngn aidil 😉

  2. cute nyer snowman teh ngan aidil..kalu k.asma ngan along buat,mesti bulat n montel lg badannya..hehehe

  3. yea la kn..k.asma ni cakap je besar,,sejuk aircond dlm bas pn kdg2 xtahan,apatah lg nk main salji..hihihi

  4. tulah k.asma, kekadang tu melebih2 pulak aircond dlm bas.

  5. ala.. lama nak buat tu sebab teh tak tolong pon. tolong tengok jer.

  6. x baik aidil ckp mcm tu. kan kita same2 buat….ada bukti kat video tau….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *