Uncategorized

Dunia hanya Persinggahan

Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun? Beberapa hari? Beberapa jam atau minit? Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah yang kekal. Namun apa yang telah kita lakukan untuk ke syurga Allah?

Terlalu banyak dosa yang diri ini telah lakukan. Walaupon peringatan demi peringatan di beri, diri ini masih melakukan perkara-perkara yang semestinya tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk diri ini meninggalkan perkara-perkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar  kesemuanya. Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat.

Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada  Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini direhai Allah. Amiin

2 thoughts on “Dunia hanya Persinggahan

  1. kak mimi says:

    sama sama kita baiki diri and memperbanykkan amalan…
    🙂

  2. huda says:

    inshaAllah, k.mimi. sama2 kita perbaiki diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *