Setelah sekian lama tak makan pasembur dan kerang bakar, semalam kami ke Padang Kota untuk menikmati makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Gerai pasembur ni dibuka bermula petang tapi tak pasti pukul berapa. Ada 3 gerai yang boleh dipilih, kali ni kami tak beli dari Gani Pasembur, tapi gerai lain. Rugi jugaklah sebab Gani Pasembur tu lagi sedap kuah nya. Yang kami makan semalam tu kurang sedap lah. Faktor penentu kesedapan pasembur ni memang kuahnya. Yang lain-lain tu lebih kurang aja.
Nak makan pasembur ni, kena tengok dulu harga setiap bahan tu yang bermula dari RM0.50 hingga Rm15. Kami ambil yang biasa-biasa sahaja macam cucur udang, fish ball, fish cake, dan tauhu nipis yang digoreng. Itu pon dah RM7.00, tapi cukuplah untuk makan 2 orang. Sayur timun tu, memang orang kedai akan letak.
Walaupon semua pilihan yang ada tu sedap, seeloknya tak perlulah ambil banyak sebab bila orang kedai dah potong2 kecil, kita akan terkejut sebab pasembur kita penuh sepinggan nanti. 🙂 Tak pasal-pasal kita tak mampu nak habiskan. Kami masa mula-mula beli macam tulah, ingat ke sikit je, sekali lepas dah dipotong-potong, baru terkejut.
huda.. sedapnye.. emm, terliurlah pulak.. besnya jalan2 n makan2 kt mlysia..
mak aii..sodapnyer..kecur air liur tgk..sluurrpp..
rawai: takpe, dah tak lama ko nak balik..nanti makanlah puas2..hihih
k.asma: jomlah mai sini, kita pekena pasembur ngan kerang
nak jugak~~teringat time pegi penang aritu ngn baba mama ha n usop.kitorg mkn kerang jugeee~~~hee. ni yg dkat padang kota tu k?(rasenye padang kota kot yg baba slalu pegi tu.hee,ntah=p)
selalu ke baba pi padang kota…rasa macam tak selalu je…padang kota kat tepi laut..
yup,skrg ni baba mmg suke pegi situ
betul tu x pi hari tu sy pi Hussain pasembur lagi sedap la. Harga yang berpatutan dengan gerai yang bersih.