Untuk semua yang nak cuba, ini resepi 4 jenis pes masakan. Boleh ubah sendiri ikut kesesuaian. Selamat mencuba π
π π π π π π
=======================
RESEPI PES MASAK MERAH
=======================
Bahan-bahan
πΉ 2 biji bawang holland (hiris bulat)
πΉ 6 biji bawang besar
πΉ 10 ulas bawang putih
πΉ 3 genggam cili kering (digunting, direbus, dibasuh dan dikisar).
πΉ 1-2 sudu besar air asam jawa
πΉ Garam dan gula secukupnya
Cara-cara
1. Kisar bawang besar dan bawang putih.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kering yang sudah dikisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan bawang dipotong bulat (seimbangkan rasa).
5. Bahagikan dalam bekas kecil supaya mudah digunakan sedikit-sedikit. Masukkan dalam freezer.
Kegunaan Pes Masak Merah
1) Masak merah ayam, telur, sotong, udang, ikan bilis.
Tumis serai jika perlu. Masukkan 2 – 3 sudu pes dalam kuali. Tambah sedikit air. Masukkan bahan mentah.
2) Bihun/nasi/mee goreng
Masukkan 2-3 sudu pes dalam kuali. Tambah perasa(kicap/ sos) jika perlu. Masukkan ayam/daging/fishcake. Tambah sayur, bihun/nasi/mee
π π π π π π π
===============
RESEPI PES KARI
===============
Bahan-bahan
πΉ 3 biji bawang besar
πΉ 1 biji bawang holland
πΉ 8 ulas bawang putih
πΉ 2 inci halia
πΉ1 sb cili boh /serbuk cili jika mahu
πΉ 3 paket kecil (75g) Rempah kari daging ayam Faezah atau Adabi
πΉ 6 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang dan 1 kayu manis
Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang holand, bawang putih, dan halia
2. Tumiskan pelaga, cengkih, lawang dan kayu manis. Masukkan bahan dikisar dan tumis. Masuk cili boh dan tumis.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air sedikit dan tumis lagi. Masukkan garam dan gula.
4. Siap dan masuk dalam bekas kecil. Kulit kayu manis perlu buang. Simpan dalam freezer.
Kegunaan Pes Masak Kari
1) Kari ayam/daging.
Ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa, santan dan tambahkan ayam/daging.
2) Ayam bakar.
Lumurkan pes serta sedikit susu segar/susu cair pada ayam dan bakar.
π π π π π π π
==================
RESEPI PES CILI PADI
==================
Bahan-bahan
πΉ 3 biji bawang besar
πΉ 1 biji bawang holland
πΉ 10 ulas bawang putih
πΉ Segenggam cili padi hijau & merah
πΉSegenggam ikan bilis
Cara-cara
1) Kisar semua bahan.
2) Tumis semua bahan.
3) Masukkan gula dan garam.
4) Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam freezer.
Kegunaan Pes Cili Padi
1) Nasi/bihun goreng.
Masukkan 3 sudu pes dalam kuali beserta sedikit air. Masukkan ayam dan perasa (kicap, sos). Tambah sayur, nasi/bihun. Pecah telur.
2) Terung.
Goreng terung. Masukkan pes dan sedikit air.
3) Masak kicap
Tumis serai. Masukkan pes dan sedikit air. Masukkan kicap, ayam/telur.
π π π π π π π
==================
RESEPI PES CILI BOH
==================
Bahan-bahan
1) Cili kering yang dipotong dan dibersihkan.
2) Masak cili kering dengan sedikit air.
3) Kisar cili kering yg sudah dimasak dan ditos.
4) Simpan dalam freezer.