Tip Bisnes Handmade

CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN DI MAYBANK TANPA PERLU ‘INTRODUCER’

Harini selesaikan urusan aktifkan akaun perniagaan di Maybank. Lama dah tangguh sebab dulu perlukan “introducer”.

Maybank baru saja lancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i, sesuai untuk seller kecil-kecilan.

CARA MENDAFTAR

1) Daftar akaun perniagaan kita melalui link ini:

https://bit.ly/38s7mn5

Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.

2) Apabila selesai, ingat access kod yg diberi melalui sms (kita akan guna untuk register online banking).

3) Buka email dari maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.

 

SEDIAKAN DOKUMEN

Sediakan semua perkara ini sebelum ke maybank:

1) MyKad

2) SSM Certificate Registration

3) SSM Form A (untuk Enterprise) – Dapat semasa mendaftar SSM

4) SSM Business Info – Dapat semasa mendaftar atau renew SSM

5) Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)

PERGI KE MAYBANK

Keesokan harinya Maybank telefon untuk bagitahu yang saya  mesti ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun (Cawangan Maybank yang kita pilih semasa pendaftaran).

Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email.

Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi.

Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking.

Nanti kita akan ada satu lagi online banking bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.

Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.

Sediakan masa 1 jam setengah untuk urusan di bank ini.

==

Tadi bawa 3 adik beradik tu, ya Allah macam-macam karenah dah kat maybank. Duduk atas lantai lah, bergaduh lah. 1 jam setengah tu, memang melebihi had kesabaran budak-budak

INFO TAMBAHAN

1) Ini adalah current account. Ada 2 jenis yang patuh syariah.

A) SME First Account-i (dilindungi PDIM)

B) SME First Investment Account-i (tidak dilindungi PDIM, dividen lebih tinggi)

Kedua-dua ni ada caj setiap 6 bulan.

A) RM5 atau RM10 (tak ingat)
B) tak ingat, refer bank

2) DEPOSIT dinyatakan RM1000

Masa saya aktifkan akaun, pegawai bank tak minta untuk depositkan amaun tersebut dan saya lupa nak tanya.

Tengok-tengok dah aktif akaun, boleh buat transaksi online dan siap shopping kat shopee dah

Tapi prepare sajalah RM1k tu kat personal akaun.

3) Buku cheque boleh request, tapi saya buat online banking saja senang.

4) Tiada debit card diberikan.