Tip Bisnes Handmade

Cara Pos Parcel Ke Luar Malaysia

Terdapat beberapa kaedah untuk pos barang ke luar Malaysia, namun saya senaraikan 3 jenis servis Pos Malaysia yang lebih cepat sampai iaitu:

1) Flexipack
2) International Small Packet
3) International Air Parcel

Flexipack Rate Zone 1 and Zone 2

FLEXIPACK
Flexipack sesuai untuk pos barang yang muat dalam sampul atau kotak yang ditetapkan.

Eropah, USA, Canada, Arab, New Zealand, Australia, Jepun, Korea termasuk dalam Zone 2 (Others).

Cara untuk menggunakan Flexipack:

  1. Beli sampul flexipack di mana-mana outlet Pos Malaysia.
  2. Masukkan barang ke dalam sampul. Pastikan berat tidak melebihi yang dibenarkan. Kalau lebih akan dikenakan caj tambahan RM0.50 setiap 10g untuk Zone 1 atau RM1 setiap 10g untuk Zone 2.
  3. Isi info pengirim dan penerima di sampul.
  4. Beli label tracking dan lekat pada Flexipack.
  5. Drop di Pos Malaysia dan dapatkan cop untuk label tracking number
Rate Small Packet International Pos Malaysia

INTERNATIONAL SMALL PACKET
International Small Packet sesuai untuk pos barang kurang dari 2 kg dan tak muat dalam sampul Flexipack.

Eropah, USA, Canada dan Arab termasuk dalam Zone 3 (Others).

Cara untuk menggunakan servis International Small Packet:

  1. Bungkus barang menggunakan sampul biasa (bukan sampul Poslaju).
  2. Isi info pengirim dan penerima di borang International Small Packet
  3. Beli label tracking dan lekat pada Flexipack
  4. Bayar harga pos dan dapatkan cop untuk label tracking number.
Rate International Air Parcel

INTERNATIONAL AIR PARCEL
International Air Parcel sesuai untuk kita pos barang yang lebih berat.
Harganya sudah termasuk tracking number.

INTERNATIONAL REGISTERED LABEL
International Registered Label boleh diguna bersama International Flexipack dan International Small Packet.
Namun saya tak galakkan guna servis tracking ini kerana tracking limit hanya sampai keluar KLIA. Lepas tu tak boleh trace dah kecuali apabila selamat sampai.

Jadi sekiranya customer minta update parcel, kita tak dapat trace di mana kedudukan sebenar.

Harganya RM10.50 untuk setiap label.

Penghantaran pula biasanya lebih lama berbanding Tracked Label yang berharga RM13.50. Contohnya parcel mengambil masa lingkungan 14-20 hari bekerja untuk ke USA.

TRACKED LABEL
Tracked Label boleh diguna bersama International Flexipack dan International Small Packet.
Saya galakkan seller menggunakan label ini kerana kita dapat trace parcel dengan lebih detail dari mula hantar, transit , tibai ke negara destinasi hinggalah sampai ke rumah penerima.

Harganya RM13.50 untuk setiap label.

Delivery biasanya lebih cepat berbanding International Registered Label yang berharga RM10.50. Contohnya parcel mengambil masa lingkungan 6-11 hari bekerja untuk ke USA.

Contoh resit pos parcel menggunakan International Small Packet dan Tracked Label

Ok, itu sahaja tips untuk pos barang ke negara lain.