Jom siapa yang nak jahit face mask sendiri.
Kita boleh guna apa saja kain yang selesa diletak pada muka samada cotton, batik, kain tshirt atau microfibre.
Pola ini saya olah untuk 4 saiz:
S (2thn)
M (5thn)
L (8thn)
Dewasa
Untuk ikat boleh guna:
– Getah halus 4 cord
– Getah lebar 6 cord
– Getah bulat
– Tali barut
– Tali dari kain atau tshirt yang dipotong.
Jom ikut tutorial yang saya dah siapkan ni:
Kain cotton yang saya guna ni jenis depan berwarna dan belakangnya putih.
3) Lipat 2 dan jahit di tepi kiri dan kanan. Lipatan lebih selesa sekiranya pada bawah dagu. Pastikan ada ruang untuk selit filter.
4) Lipat 2 atau 3 (pleated) dan pastikan ukuran sama dengan tinggi binding.
5) Pada bahagian depan face mask, jahit binding di sebelah kiri dan kanan.
6) Pusing bahagian belakang face mask, lipat dan jahit binding.
7) Kita akan nampak poket untuk masuk filter di bahagian belakang face mask.