
COVER
Jadikan Busy Book anak-anak lebih istimewa dengan meletakkan nama mereka di muka hadapan.
*Tuliskan nama ini di ruangan NOTA semasa CHECK OUT.

SHAPE
Belajar mengenal warna dan bentuk yang sama. Anda pasti terkejut melihat betapa cepatnya anak-anak mampu mengenal pasangan warna yang sama selepas beberapa kali praktis.

FARM ANIMAL
Anak-anak mana yang tidak teruja dengan finger puppet binatang yang sangat comel ini?
Buka pintu, keluarkan mereka dari kandang dan mulalah bercerita. Pasti banyak cerita hebat keluar dari imaginasi mereka.

FISHING
Dalam pancing dan setiap haiwan ada magnet tau. Inilah yang menjadikan aktiviti memancing lebih mengujakan. Sambil memancing dapatlah kenal hidupan laut dan ciri-ciri mereka.

UNBUTTON FLOWER
Perhatikan bagaimana fokusnya anak kecil mencabut bunga dari butang dan memasang semula.
Sudah tentu aktiviti ini menaikkan daya fokus anak-anak dan membantu perkembangan motor halus tangan mereka.

APPLE AND CARROT
Buah epal dilekatkan pada pokok menggunakan velcro.
Cabut buah epal dan masukkan ke dalam bakul.
Kutip juga lobak dan masukkan ke dalam bakul.

NUMBERS
Anak kecil pasti sibuk menilik dan menmegang butang-butang yang berwarna warni ini. Design nya pula sungguh comel.
Masa inilah kita boleh ajarkan anak-anak mengira butang dan menambahkan kosa kata dengan menyebut warna serta design butang.