Belajar mengenal warna dan bentuk yang sama. Anda pasti terkejut melihat betapa cepatnya anak-anak mampu mengenal pasangan warna yang sama selepas beberapa kali praktis.
Anak kecil sangat teruja mencabut dan memasang semula velcro. Kan ada bunyi, jadi menjadi aktiviti belajar lebih menyeronokkan.
Lihat juga bagaimana fokusnya anak kecil menarik zip di poket kecil itu. Aktiviti ini sudah pasti menaikkan skil motor halus jari dan tangan anak-anak.
PRODUK HANDMADE
Setiap Busy Books daripada Tulip Petals Craft merupakan hasil kraftangan yang belum siap sepenuhnya. Bagi memastikan produk yang dihasilkan unik dan menepati citarasa setiap pengguna, hasil kerja Tulip Petals hanya akan disiapkan setelah mendapat pengesahan rekabentuk dan maklumbalas kehendak pelanggan.
Warna kain dan corak kain serta lain-lain bahan adalah bergantung kepada material yang ada, jadi kemungkinan berbeza dari contoh gambar.