Anak-anak mana yang tidak teruja dengan finger puppet binatang yang sangat comel ini?
Buka pintu, keluarkan mereka dari kandang dan mulalah bercerita. Pasti banyak cerita hebat keluar dari imaginasi mereka.
Aktiviti “pretend play” boleh meningkatkan daya kreatif berfikir dan berimaginasi anak-anak.
PRODUK HANDMADE
Setiap Busy Books daripada Tulip Petals Craft merupakan hasil kraftangan yang belum siap sepenuhnya. Bagi memastikan produk yang dihasilkan unik dan menepati citarasa setiap pengguna, hasil kerja Tulip Petals hanya akan disiapkan setelah mendapat pengesahan rekabentuk dan maklumbalas kehendak pelanggan.
Warna kain dan corak kain serta lain-lain bahan adalah bergantung kepada material yang ada, jadi kemungkinan berbeza dari contoh gambar.