“Wah banyaknya binatang!.”
“Hippo nak berendam dalam kolam.”
“Monyet nak panjat pokok.”
“Alamak, ada singa belakang semak tu!”
“Zirafah buat apa kat situ?”
Banyak sangat cerita yang boleh keluar dengan aktiviti Safari ni. Biarkan anak-anak kita terus berimaginasi dan mereka cerita baru dengan koleksi finger puppet binatang.
PRODUK HANDMADE
Setiap Busy Books daripada Tulip Petals Craft merupakan hasil kraftangan yang belum siap sepenuhnya. Bagi memastikan produk yang dihasilkan unik dan menepati citarasa setiap pengguna, hasil kerja Tulip Petals hanya akan disiapkan setelah mendapat pengesahan rekabentuk dan maklumbalas kehendak pelanggan.
Warna kain dan corak kain serta lain-lain bahan adalah bergantung kepada material yang ada, jadi kemungkinan berbeza dari contoh gambar.